Isnin, 28 Januari 2013


LATIHAN 6
Berdasarkan penjodoh bilangan di bawah, buat satu ayat bagi mewakili penjodoh bilangan tersebut.
Batang
Jambak
Kuntum
Ruas
Tangkai

Sila buat tugasan ini di dalam buku Bahasa Malaysia 2 dan hantar tugasan ini kepada Cikgu Azmee pada hari Rabu, 4/2/2013. Selamat menjawab murid-murid. Perhatian kepada Ketua Kelas, Faiz sila kumpulkan buku latihan ini dan letak di atas meja Cikgu kerana saya menghadiri kursus pada tarikh tersebut.

LATIHAN 5


Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

nyawa ikan,                  lidah biawak,                 makan angin,
makan hati,                  keras hati,                       otak cair,
panjang tangan,       pencuci mulut,              putih tulang,
putih mata,                 mulut tempayan           meninggal dunia 

1. Budak itu .......................... dia belajar hingga berjaya.
2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana dia .......................... .
3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi ........................... di Pulau Tioman.
4. Orang tua itu ...............................sejak isterinya .......................... .
5. Seorang kawan saya itu .......................... .
6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan ........................ .
7. Syahira ..........................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian tahun tiga.
8. Laki-laki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.
9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai ........................ .
10. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan ........................... .

Sila buat tugasan ini di dalam buku Bahasa Malaysia 1 dan hantar tugasan ini kepada Cikgu Azmee pada hari Rabu, 4/2/2013. Selamat menjawab murid-murid. Perhatian kepada Ketua Kelas, Faiz sila kumpulkan buku latihan ini dan letak di atas meja Cikgu kerana saya menghadiri kursus pada tarikh tersebut.

Selasa, 8 Januari 2013


LATIHAN 4

Pemahaman.
Arahan :            
              Sila hayati bahan ransangan yang bertajuk “Hikayat Sang Kancil dan
              Buaya” dan jawab soalan-soalan yang diberikan.


1. Huraikan peranan Sang Kancil di dalam bahan ransangan tersebut.
2. Ceritakan semula cerita tersebut dan rumuskan dalam bentuk karangan pendek.

Sila buat tugasan ini di dalam buku Bahasa Malaysia 2 dan hantar tugasan ini kepada Cikgu Azmee pada hari Rabu, 23/1/2013. Selamat menjawab murid-murid.


LATIHAN 3

Tatabahasa.
Arahan :
              Sila hayati bahan ransangan di bawah ini.






1. Bina 4 ayat tunggal yang terdapat dalam bahan ransangan tersebut.
2. Senaraikan pengajaran yang terdapat dalam bahan ransangan tersebut.

Sila buat latihan ini dalam buku Bahasa Malaysia 1dan hantar tugasan ini kepada Cikgu Azmee pada hari Isnin, 21/1/2013. Selamat menjawab murid-murid.

Isnin, 7 Januari 2013

LATIHAN SATU

LATIHAN 1

Karangan Profil
Arahan : 
            Berdasarkan gambar ransangan berikut, bina sebuah karangan
            pendek bertajuk "Aku Sepasang Kasut". Panjang karangan anda
            antara 100-150 patah perkataan.


Sila tulis dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada Cikgu Azmee pada hari Isnin, 14/1/2013